CERITA IMAM NAWAWI DAN HARTA RAKYAT
IMAM Nawawi atau nama penuhnya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin
Syirfu al-Nawawi (631 -676H) ialah anak kelahiran Damsyik, Syam (Syria).
Menghafaz Quran sejak dari kecil, beliau dilapor mempelajari sebanyak 12
mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu agama. Antara buku karangan
ulama terkenal Mazhab Shafie ini adalah Syarah Sahih Muslim dan Riyadus
Salihin.
Sepanjang hayatnya, Imam Nawawi telah menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya
kepada agama Islam dan umatnya. Ketegasannya dalam menyampaikan kebenaran
Islam tiada tolok banding pada zamannya. Sebagai ulama yang memimpin
umat, beliau memfatwakan kebenaran tanpa rasa takut walaupun akibatnya
merugikan kedudukan dan mengancam nyawanya.
Terdapat satu kisah masyhur
berhubung Imam Nawawi yang menjelaskan lagi kemuliaan peribadi ulama
terkemuka ini. Menurut riwayat, Sultan Al-Malik Al-Zahir telah mengadakan
persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar (Monggol) lalu
digunakanlah fatwa ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk
kepentingan perang melawan musuh.
Keseluruhan ulama fiqh negeri Syam telah menulis menyokong fatwa tersebut,
namun baginda belum merasa senang hati kerana Imam Nawawi belum memberikan
fatwanya.
Baginda menjemput Imam Nawawi ke istana untuk mendengar sendiri pandangan
beliau. Walaupun menerima jemputan sultan, tanpa diduga Imam Nawawi
menolak untuk menyokong fatwa itu. Malah dengan berani beliau memberikan
alasan penolakannya itu.
"Aku mengetahui bahawa kamu (Sultan Al-Malik Al-Zahir) dahulunya seorang
hamba tawanan dan tidak mempunyai sebarang harta benda. Tetapi dengan
pertolongan Allah kamu telah menjadi seorang raja. Aku mendengar bahawa
kamu ada memiliki seribu orang hamba, tiap seorang mempunyai beberapa
ketul emas. Manakala 200 orang khadam wanita milik kamu masing-masing
mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.
"Andai kata kamu membelanjakan kesemua itu untuk keperluan perang sehingga
mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka aku bersedia
memberikan fatwa untuk membenarkan kamu mengambil harta rakyat."
Kesimpulannya, Imam Nawawi berfatwa tidak membenar Al-Zahir mengambil harta
rakyat selama kekayaannya sendiri masih dapat digunakan.
Sultan Al-Malik Al-Zahir begitu murka apabila mendengar fatwa itu sehingga
sesetengah riwayat melaporkan, para ulama yang hadir mengangkat jubah
masing-masing kerana takutkan percikan darah terkena hujung jubah mereka
jika Sultan memancung kepala Imam Nawawi.
Namun Sultan mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari
Damsyik. Akur dengan perintah itu, beliau membawa diri ke Nawa. Para
ulama Syam berusaha menjemput Imam Nawawi kembali ke Damsyik namun beliau
enggan selagi Al-Zahir memegang tampuk pemerintahan.
Begitulah keberanian jiwa seorang ulama yang tidak mahu mengejar pangkat
dan kedudukan kerana tidak rela mengorbankan kebenaran Islam.
Kisah di atas turut menjelaskan tentang kewajipan kerajaan yang sedang
berhadapan dengan krisis dan setakat mana kepentingan rakyat perlu
dikorbankan semasa negara mengalami krisis. Pemerintah yang adil, amanah
dan bertanggung jawab sudah pasti mengutamakan rakyat dan tidak
mengorbankan kepentingan rakyat.
Dalam menghadapi kemelesetan ekonomi sebagai contoh, kerajaan perlulah mencari
kaedah terbaik bagi mengelak rakyat menghadapi kepayahan hidup dan tidak
mencari jalan pintas dengan membebankan rakyat. Apatah lagi jika
kemelesetan ekonomi itu berpunca daripada amalan berbelanja kerajaan
(yang boros), rasuah, penyelewengan dan kegagalan mengurus tadbir negara
dengan baik.
Sehubungan itu saranan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah
supaya kerajaan menanggung sendiri beban kewangan yang meningkat dan
bukan melepaskannya ke bahu rakyat perlu diberi perhatian serius.
Mengulas langkah kerajaan BN menaikkan harga runcit Ron97 dan diesel, Ku Li
menggesa agar gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar dalam
pentadbiran negara diatasi segera kerana ia menjejaskan kesejahteraan
hidup rakyat.
"Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan
jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban
akibat daripadanya," tegas beliau.
Bagi Ku Li, kerajaan telah membiarkan rakyat bawahan membayar kos tambahan
akibat daripada kos projek yang terlalu mahal (akibat rasuah).
"Kerajaan sepatutnya menanggung sendiri beban kewangan yang meningkat,
bukan melepaskannya ke bahu rakyat," tegas bekas Presiden Parti
Melayu Semangat 46 itu.
Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menyarankan supaya semua pemimpin kerajaan
termasuk menteri dan bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing
sebagai salah satu langkah membanteras amalan rasuah.
"Ini termasuk juga isytihar duit (wang simpanan). Saya sendiri akan
isytihar (walaupun sudah lama tidak jadi menteri)," lapor Sinar
Harian, 7 September lalu.
Lain pula kisahnya dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda
Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mahu rakyat menerima kenaikan
harga barangan (akibat kenaikan harga minyak) sebagai takdir dan
ketetapan daripada Allah SWT.
Mengulas pandangan Fathul Bari itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata, Islam menitikberatkan konsep adil kepada semua
pihak - peniaga dan pembeli.
Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, tidak wajar mengajak rakyat menerima kenaikan
harga barangan sebagai takdir sedangkan pada masa yang sama ada pemimpin
negara, ahli korporat dan syarikat kroni terus-menerus mengambil
kesempatan untuk hidup bermewah.
"Memang hakikat naik turun, ajal maut semua ketentuan Allah tetapi bukan
bermakna pemerintah boleh sesuka hati meletakkan kesalahan kepada takdir.
"Demikian juga kalau kita tengok kerajaan memotong subsidi untuk rakyat
tetapi dalam waktu sama golongan korporat dan bangsawan dilihat hidup
melampau-lampau mewah," katanya dipetik TV Selangor.
Kenyataan Fathul Bari itu juga, tegas beliau berbahaya kerana boleh memberi
gambaran bahawa peniaga boleh bebas menaikkan harga barangan dan pengguna
harus menerimanya sebagai takdir.
Kesimpulannya, negara perlukan pemerintah yang adil dan ulama yang amanah
dengan ilmunya untuk terus kekal makmur dan harmoni. Tanpa dua syarat
itu, hasrat mewujudkan sebuah negara yang baik dan mendapat keampunan
Allah SWT tidak akan tercapai.
10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam-Awasi dan ambil pengajaran wahai saudara Islamku
- 1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
- 2) Menghapuskan Al-Qur'an.
- 3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
- 4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
- 5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
- 6) Lemahkan bangsa Arab.
- 7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
- 8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
- 9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
- 10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
RAKYAT TIDAK LUPA UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM
1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”.
2. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.
3. Ucapan Tun Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor : “Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”.
4. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.
5. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
6. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”.
7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 : “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
9. Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 : “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan”.
10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 : “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
11. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
12. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”
13. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
14. Tun Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992 : “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
15. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
16. Tun Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 : “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”
17. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
18. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
19. Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio 3 Ibu Kota, 6 Mac 1994 : “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”
20. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”
23. Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.
UCAPAN MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.
2. Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.
3. Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.
UCAPAN MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’
1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”
2. Tun Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC : “Ajaran ulama’ inilah yangmenyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.
Lanjutan dari gesaan itu Dato’ Ishak Baharom telah ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.
MENGIZINKAN MAKSIAT & MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT
1. Tun Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : “Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya”.
2. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : “Tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang”.
3. Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,”
UCAPAN-UCAPAN LAIN
1. Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam : “(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”
2. Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam : “Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS”.
KITA TAK HAIRAN JIKA BUKAN ISLAM SEPERTI KARPAL SINGH ATAU CHUA SOI LEK MENOLAK HUKUM HUDUD SEBAB MEREKA BUKAN ISLAM...
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan