Setiausaha Dewan Ulamak PAS, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali atTakiri berkata kejadian runtuh tersebut berpunca dari kelewatan usaha membaik pulih stadium terbabit yang runtuh bumbug utamanya pada 2 Jun, 2009.
"Pertama sekali, saya bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat, yang kedua, apa yang berlaku pada hari ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan kerana kelewatan pada usaha membaiki stadium runtuh ini menyebabkan berlaku apa yang berlaku pada hari ini,
"dan ia juga menggambarkan kepada kita (kejadian ini) perlu kepada suatu penyiasatan kenapa berlakku keruntuhan (kerangka stadium) itu,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan stadium tersebut, sebaik kemalangan yang melibatkan lima pekerja pembaikian itu di ketahui umum kira-kira jam 11.30 pagi.
Sementara itu, bekas perunding pembinaan stadium tersebut, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah melahirkan rasa dukacitanya kerana kejadian hampir sama berlaku sebagaimana kejadian runtuh yang berlaku pada tiga tahun yang lalu.
Beliau yang turut berada di tempat kejadian kesal kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak mahu belajar dari kesilapan yang lalu.
"saya ras amat dukacita kerana perkara yang lebih kurang sama berlaku sekali lagi (dan) kita tidak mahu belajar dariapada perkara yang lepas, selepas runtuh bumbung yang pertama kita (saya) sebagai 'consultant' (perunding) yang asalnya telah mengesyorkan kepada kerajaan supaya bumbung yang belum runtuh (yang runtuh hari ini) di pecat secepat mungkin,
"(tetapi) kenapa kita tunggu sampai tiga tahun sehingga sampai tahap begini,"jelasnya.
Beliau berkata, secara lojiknya masalah yang sama sedang menunggu masa menimpa bumbung tersebut erana ia dibuat oleh kontraktor yang saa dengan menggunakan pekerja dan bahan yang sama.
Beliau menegaskan, tidak ada apa yang dapat diselamatkan lagi pada struktur stadium tersebut kerana kerosakan yang berlaku sudah menyebabkan kerangka utama konkrit menjadi rosak.
"saya masuk dan tengok tadi, rosaknya hampir sama sepeti yang dulu juga (bahkan) sekarang ini roaknya bukan hanya bumbung.....bila dia (kerangka) hempap
atas (bahagian) tempat duduk (itu), struktur konkrit pun ada yang patah.....ada yang tembus....ada yang berkecai,
"apa yang dapat diselamatkan lagi....bukan sahaj bumbung sahaja dah rosak, tempat duduk kerangka utama konkrit pun pecah juga jadi boleh dikatakan tidak ada apa lagi yang boleh kita selamatkan,"tegasnya
Sebelum ini, menurutnya, stadium tersebut telah kehilangan penjana kuasa dan kabel yang bernilai puluhan ribu ringgit akibat kecuaian kerajaan yang tidak menjaga amanah harta rakyat. [Lihat Video]
Lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini yang dalam proses baik pulih, runtuh hari ini.
Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, lapan pekerja sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung stadium itu.
"Dianggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pekerja yang parah ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, dan Safian Abdul Manaf, 21, manakala dua yang cedera ringan ialah ringan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.
Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari tempat runtuhan setengah jam selepas runtuhan dan kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, katanya.
Bernama melaporkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika ditemui pemberita di Seri Iman di sini, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat.
Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15 juta setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.
Sementara itu, seorang saksi kejadian Ahmad Faizan Ramli yang juga rakan mangsa berkata beliau mendengar satu bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat kerangka besi itu runtuh menghempap rakannya.
"Ketika kejadian rakan-rakanya sedang melakukan kerja pemotongan struktur bumbung lama yang turut membabitkan penggunaan beberapa kren," katanya.
SUMBER http://buletinonline.net/v6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan